Saturday 29 October 2011

GAHARU POKOK EMAS


 

PAKEJ PELADANGAN GAHARU

SYARIKAT SAYA ADALAH SYARIKAT BUMIPUTERA YANG MEMPUNYAI
PASARAN EKSPORT KAYU GAHARU DAN DENGAN INI,
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PAKEJ PELADANGAN PADA SATU HARGA MAMPU BAGI SEMUA
PIHAK YANG BERMINAT. PAKEJ-PAKEJ YANG DISEDIAKAN TERMASUKLAH:

1. PENGHANTARAN KE TAPAK LADANG ANDA SECARA PERCUMA
2. PENANAMAN DI TAPAK LADANG ANDA OLEH PAKAR PELADANGAN SECARA PERCUMA
3. BAJA PERCUMA UNTUK SETAHUN
4. KHIDMAT INOKULASI PERCUMA BERBENTUK TAWARAN USAHASAMA YANG MANA KAMI AKAN
MODALKAN SEMUA KOS INOKULASI.
5. KAMI AKAN BELI SEMULA POKOK ANDA YANG TELAH SIAP KAMI SUNTIK ATAU DISUNTIK
MENGGUNAKAN VAKSIN DAN KAEDAH KAMI PADA HARGA TAK KURANG DARI RM2000 SEPOKOK.

PAKEJ INI ANDA DAPAT PERCUMA DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANAK POKOK DARI PIHAK
KAMI DENGAN KADAR BERIKUT:

1.ANAK POKOK 3 KAKI=RM7.50
2.ANAK POKOK 5 KAKI=RM9.50
3.ANAK POKOK 6 KAKI=RM12

BAYANGKAN ANDA TANAM 1000 POKOK, SELEPAS 6 TAHUN ANDA MENJANA PENDAPATAN
SEKURANG KURANGNYA 2,000,000 (2 JUTA).
DENGAN KHIDMAT KAMI, CUMA PERLUKAN SEDIKIT MODAL DAN USAHA BESERTA TAWAKAL,
INSYAALLAH BERJAYA. SEGALA URUSAN KITA AKAN BESERTA DENGAN SURAT PERJANJIAN.

JADIKAN GAHARU SEBAGAI TANAMAN INTEGRASI ANDA DISAMPING SAWIT MAHUPUN GETAH!!

DAPATKAN PERKHIDMATAN PAKAR DENGAN KAMI. PAKAR DALAM BIDANG PERTANIAN KONTAN
DAN PELADANGAN. DAPATKAN PAKEJ INI SEGERA DAN ANDA BOLEH TERSENYUM LEBAR
DENGAN HASILNYA.

hubungi pakar: EN. AMAL 0176736849
        


        Pengenalan 

Pokok karas atau nama saintifiknya Aquilaria spp. yang menghasilkan gaharu adalah dari family Thymelaeceac. Terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia dan Malaysia sendiri terdapat 5 spesies ;
A.malaccensis,
A.hirta, 
A.beccariana, 
A.rostarata,
A.microcarpa.
Gaharu telah digunakan sejak turun-temurun, malah kenyataannya gaharu sudah digunakan sejak zaman dahulu untuk upacara keagamaan, perubatan tradisional dan menjadi bahan asas pembuatan minyak wangi. 

            Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan, dan China.Harganya teras gaharu boleh mencecah sehingga RM25-40 ribu sekilogram untuk gred Super King. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli). Kayu racik pula berharga antara RM5-RM100 sekilogram bergantung kepada gred dan kuantiti minyak yang terdapat didalamnya.

            Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. Buat masa ini, kebanyakan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan kuantitinya amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.

           
            Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja, industri ini telah diusahakan lebih 25 tahun. Malah industri ini mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

            Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomesialkan.
Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

            Dengan adanya teknologi terkini, pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 2-3 tahun ditanam, kita akan memberikan suntikan(inducement) ubat, selepas 2 tahun, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resin dan terasnya. Untuk 1 ekar tanah,  boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 4 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.

2. Jenis-jenis Pokok Karas Mengikut Ranking

1.  AQUILARIA MALACCENCIS          terdapat di Malaysia,Thailand,Indonesia
2.  AQUILARIA CRASSNA                    terdapat di Malaysia,Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3.  AQUILARIA SUB-INTEGRA           terdapat di Thailand,Malaysia
4.  AQUILARIA APICULATA                  terdapat di Philippines
5.  AQUILARIA BAILLONIL                   terdapat di Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6.  AQUILARIA BANEONSIS                 terdapat di Vietnam
7.  AQUILARIA BECCARIAN                 terdapat di Indonesia
8.  AQUILARIA BRACHYANTHA          terdapat di Malaysia
9.  AQUILARIA CUMINGIANA              terdapat di Indonesia, Philippines
10. AQUILARIA FILARIA                        terdapat di Nuegini, China
11. AQUILARIA GRANDIFLORA           terdapat di China
12. AQUILARIA HILATA                         terdapat di Indonesia, Malaysia
13. AQUILARIA KHASIANA                   terdapat di India
14. AQUILARIA MICROCAPA                terdapat di Indonesia, Malaysia
15. AQUILARIA ROSTRATA                   terdapat di Malaysia
16. AQUILARIA SINENSIS                      terdapat di China

            Tahun 2009-2010 menyaksikan sebuah kejayaan bagi bidang ini bilamana 3 baka kacukan (Cambodian klon, Thai Variety, Cambodian Variety) telah berjaya dihasilkan. Antara kelebihan baka klon ini adalah;
1.Kadar pembesaran yang tinggi
2.Kadar pengeluaran resin yang tinggi
3.Kualiti minyak yang terhasil lebih baik dan banyak
4.Teras lebih padat dan berkualiti
5.Usia penebangan yang singkat (4 tahun)

Minyak Gaharu atau Agarwood/ Oud Oil dikelaskan kepada beberapa kelas & harga tertentu :
Kelas A , Kelas B, Kelas C, dan Kelas D

Harga Standard untuk minyak Gaharu adalah seperti berikut :

10 ML = RM360 - RM500
1000 ML = RM 35,000 – RM45,000

4. Apa itu Gaharu?
            Berasal dari perkataan Sanskrit iaitu “Aguru” yang bermaksud kayu berat (tenggelam). Gaharu dikenali dangan nama Agarwood,  Aloeswood,  Eagleswood, Jin-ko(Jepun), Oud(Arab). 

            Gaharu adalah sejenis kayu dengan berbagai bentuk jaluran warna khas, serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau aroma khusus apabila dibakar. Ia berasal daripada pokok hidup yang dihinggapi penyakit, kulat, bakteria, kuman dan sebagainya. Pada umumnya gaharu dihasilkan daripada pokok spesies karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).

5. Bagaimana gaharu terjadi?

            Proses terjadinya gaharu adalah akibat pokok yang terluka atau diserang penyakit. Terbentuknya gaharu dimulai dari masuknya kulat ke dalam jaringan pembuloh kayu (vessel). Untuk terus hidup, kulat memakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber  tenaganya. Secara perlahan-lahan hilangnya cairan sel tersebut akan mengurangkan atau terhentinya penghantaran makanan ke daun-daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuloh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya tersendiri.

6. Rawatan

            Pokok-pokok gaharu yang ditanam akan dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50cm dari pokok tersebut. Ia amat diperlukan supaya pokok yang ditanam tidak akan bersaing dengan pokok-pokok yang lain. Kerja ini dilakukan sebanyak dua kali pada tahun pertama penanaman dan setahun sekali pada tahun-tahun berikutnya.

7. Aktiviti Berkaitan Peladangan Pokok Karas

Aktiviti
Tujuan


Penyulaman
·         Mendapatkan keseragaman pokok
·         Menampakkan kesempurnaan tumbesaran kelak
·         Biasanya 10%-20% jumlah pokok yang telah ditanam akan disulam.
·         Pokok yang sakit atau mati akan digantikan.
Merumput, menggembur tanah, dan meracun rumpai
·         Kekerapan 2-3 kali setahun
·         Mengelakkan daripada ditutupi lalang (pesaing) dengan radius 50cm sekeling
·         Dilakukan sehingga umur pokok 5 tahun
·         Untuk pertukaran oksigen yang baik
Pembajaan
·         Jenis baja kompos organic, urea, dan KCI
·         Mengikut umur dirian dan besar pokok
Pemantauan penyakit
·         Racun digunakan harus spesifik kepada penyakit atau serangan serangga

Inokulasi
·         Mempercepatkan penghasilan gaharu dan juga membantu penghasilan gaharu secara optima.
·         Umur pokok yang boleh diinokulasi adalah pada umur 2-3 tahun
Penuaian
·         Mendapatkan gaharu dan bahagian pokok yang lain secara efektif dengan cara pengasingan gred

8. Kos Penanaman Pokok Karas (per ekar)


Jumlah Tanaman

Jarak Tanaman
Harga anak pokok
 (7-8 kaki)
Upah pekerja menanam
(per pokok)

Jumlah Kos
1000
4kaki x 4kaki
RM20.00
RM1.50
RM21500.00

9. Kos Pembajaan Dan Racun Bagi 5 Tahun (per ekar)

Jenis Baja/Racun
Kuantiti (guni/tong)
Harga
(per barang)
Jumlah
Jumlah Kos
Urea
10
RM250
RM2500

RM4150
Organik
250
RM3.00
RM  750
Racun Rumpai
5
RM 180
      RM  900








10. Kawasan Penanaman 

Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan terosot dan tanah kerajaaan melalui  2 kaedah tanaman iaitu:

1.      Kaedah monokultur
·         Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 4kaki x 4kaki dengan jumlah sebanyak 800-1000 pokok seekar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 3kaki x 3kaki dengan jumlah yang boleh mencapi 1300 batang pokok seeker, tetapi kaedah ini tidak digalakkan kerana untuk memberi ruang pokok membesar dengan sempurna.
                       
2.      Kaedah tanaman selingan
·         Pokok karas juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 2-5 tahun seperti di ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang kopi, dan ladang koko secara tanaman berselang.

11. Teknik Menanam

            Lubang-lubang digali pada ukuran 1kaki bulatan dan  ½ kaki dalam. Semua anak pokok ditanam berserta ketulan tanah di sekeliling akarnya, padat tanpa beg politena. Selepas anak pokok ditanam, tanah diatas permukaan dipadatkan dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan bagi memastikan bahawa akar-akar bersentuhan rapat dengan tanah dan anak pokok tidak terganggu dengan pengaliran air oleh air bertakung di permukaan tanah. 

            Cara pembajaan menggunakan baja Urea dan organik amatlah penting untuk memastikan kadar pembesaran yang optimum untuk mencapai target 12inci ukurlilit dalam masa 2-3 tahun untuk proses inokulasi dilakukan. Selain itu, penjagaan air juga amatlah dititik beratkan kerana pokok ini memerlukan banyak air untuk hidup segar (tetapi elakkan menanam di tanah yang menakung air).

12. Keperluan Ekologi Pokok Karas

Species

Habitat
Ecological Factors
Light strength
Humidity
Temperature
Rain Distribution
Type of soils

Aquilaria beccariana
Primary forest from the lowland up to 825m a.s.l

2000-2500 LUX

24RH

28°C-29°C

2200-2500
mm/yr

Acrisols

Aquilaria hirta
Hill slopes from lowland forest up to 300m a.s.l

2000-2450
LUX

27RH

29°C-32°C

2000-2200
mm/yr

Acrisol and fluvisol



Aquilaria malaccensis
Lowland forest and sometimes on the hillsides and ridges up to 750m a.s.l



2000-3000 LUX



24RH



28°C-31°C



2000-3000
mm/yr



Alluvial


Aquilaria microcarpa
Near the mangrove area up to lowland forest (200ma.s.l)


2000-2500 LUX


25RH


27°C-33°C


2000-2500
mm/yr

Alluvial and Gleysols
Aquilaria rostrata
Upland dipterocarp forest
1800-2500
LUX
22RH
24°C-27°C
2500-2800
mm-yr
Acrisols and Alluvial

13. Pengurusan Penanaman Pokok Karas

            Pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian 0-750m dari aras laut. Purata taburan hujan kurang dari 2000cm setahun. Suhu paling sesuai adalah antara 27°C-32°C dan cahaya matahari antara 45%-70%. Pertumbuhan pokok ini mampu mencapai ketinggian 25m-40m dan diameter antara 60cm-80cm ukur lilit. Tanah yang sesuai adalah dari jenis lempung, gambut, dan liat berpasir dan pH tanah antara 4.0p.H-6.0pH.

 14. Aspek Botani Dalam Pengecaman Karas 

Nama saintifik
Negeri/kawasan taburan semulajadi
Cirri-ciri rupa bentuk batang/daun/buah
Aquilaria hirta
Sepanjang Pantai Timur; Terengganu, Pahang dan Johor, Sabah dan Sarawak
Pokok kecil, dalam 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, buah, ranting, bunga turut berbulu.
Aquilaria beccariana
Selatan Johor, Sabah dan Sarawak
Pokok sederhana dalam 20m tinggi, urat kedua daun amat jelas jika dilihat dari hadapan, daun berwarna kelabu kehijaun dan tidak berkilat
Aquilaria rostrata
Pahang:Ggunung Tahan
Urat daun kedua tidak jelas
Aquilaria malaccensis
Terdapat di seluruh kawasan di Malaysia
Permukaan daun kilat runcing dan bujur, seperti daun bunga tanjung
Aquilaria microcarpa
Johor, Sabah dan Sarawak
Pokok besar dalam 36m, buah kecil berbentuk hati

15. Pengredan Teras Gaharu

Berasaskan pada pasaran, berikut adalah gred teras dan harga terkini (2010)
Gred Gaharu
Harga (RM) sekilogram
Gred Super A
RM40,000
Gred A
RM25,000
Gred B
RM15,000
Gred C
RM13,000
Gred D
RM8000
Gred E
RM3000
Lain-lain gred
RM500 - RM1000
Kayu Racik
RM5 - RM100